Sunday 30 October 2011

Convo UTHM

Hari ni me berkesempatan ke UTHM (Universiti Tun Hussien Onn Malaysia) kat Batu Pahat, Johor. Mule2 pas masuk pagar tu agak kelam-kabut sket sebab g berhenti kat laluan salah, so cepat-cepat turunkan mak and ayah dulu, pastu kitorang g parking kete. Parking kete lak jauh dari dewan rupenye. Dekat ngan tapak konvo.

Da sampai tapak konvo tu, kakak bole tinggal mortarboard dalam kereta lak. So, kitorang terpaksela naik bus yang U da sediakan ( dorang x benarkan bawak kete, kene park kete pastu kalo nak g dewan kene naik bus). Menarikkan? Memang lain sangat dengan suasana konvo USM. Memang x jam la jalan dorang sebab tak ada kete pun kat jalan huhu tapi pelik manela student dorang. Tak nampak pun haha

Da sampai dewan, da bagi mortarboard kat kakak, mak and ayah pun da masuk dewan, so kitorang pun tengokla bunga. Da survey dari satu kedai ke kedai, tak jumpa yang berkenan sebab sume bunga hidup. Me tak suke bunga hidup (rugi kot kalau beli, tak leh nak simpan lama). Da penat survey bunga, g la naik bus balik g tapak konvo sebab perut da berA-Cha2 haha

Semangat je nek bus, rupenye silap nek tapi sebbek bus tu pun lalu gak kawasan tapak konvo. Disebabkan pagi sangat, banyak kedai tak bukak lagi. So terpaksala g kedai yang mana bukak. Dala panas terik sebab kawasan tu pokok tak naik lagi haha. Habis makan terus pusing-pusing tapak konvo tapi tak menarik pun. Saya berani cakap tapak konvo USM lagi meriah. Mungkin sebab tapak konvo jauh dari dewan, parents lak banyak kat dewan so tak ramai pun yang g jenguk tapak konvo tu.

Da habis pusing-pusing, g la nek bus balik. Tunggu sampai akak kua dewan. Setelah lebih kurang 2 jam menunggu, akhirnya diorang keluar gak. Tapi kelam kabut sebab nak g amek gambar family. Dorang da sediakan satu studio besar kat dewan kuliah kot. Kelam kabutnya sebab tempat tu terbuka. Tapi sebbek segalanya berjalan lancar. Settle amek gambar family, jumpela kawan akak. Pastu baru taw, disebabkan graduan Kejuruteraan Elektrik ramai sangat, so dorang bahagi dua sidang. Kawan akak tu dapat sesi petang. Lain kan hehe pastu kalau macam kat USM, kite guna nametag. Dorang guna tag yang bole detect kat scanner. Canggih plop.

Pastu amek gambar sket, kitorang balik terus sebab semua da kepenatan. Tapi singgah makan kat kedai LineClear. Murahnya kedai tu hehe

Tula perjalanan saya ke BP hari ni. Jujur saya cakap UTHM memang cantik. Masjid dorang baru siap n bumbung dia sgt cantik. Color turqoise. Suka sangat. Dorang pun ade Dataran Siswa tapi dorangnye ada air pancut. Cantik sangat tempat tu. Da mcm kat MBMB lak. Tapi saya tak amek gambar kat situ haha. Dorang pun baru nak buat kolam renang hehe

Memang seronok bila kita g tempat orang. Tapi kami tak lalu jalan ke MRSM saya. Tak dapat nak tengok sekolah lama huhu windunye sekolah yang bagi banyak kenangan kat sy hmmmm

Okla. Nanti kalau da dapat kamera, InsyaAllah akan share gambar hehe

p/s: g beli kasut kat tapak konvo harga RM20 hahaaa

No comments:

Post a Comment

Comment: